Monday, May 20, 2013

Besi



{57}
Al-Hadid (besi) 1~29.
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Menunduk kepada (kehendak) Allah, apa-apa yang  ada dilangit-langit dan bumi, kerana ialah yang gagah, yang bijak sana.
2. Baginya lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia menghidupkan  dan  ia mematikan, dan ia berkuasa atas tiap-tiap suatu.
3. Ialah yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin, dan ia mengetahui tiap-tiap suatu.
4. Ialah yang menjadikan langit-langit dan bumi dalam enam masa, dan ia bersemayam atas aras, ia mengetahui apa yang masuk dalam bumi, dan apa yang keluar daripadanya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya, dan ia berserta kamu dimana sahaja kamu berada, dan Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
5. Baginya lah kerajaan dilangit-langit dan bumi, dan kepada Allah lah dikembalikan perkara-perkara.
6. Ia masukkan malam pada siang, dan ia masukkan siang pada malam, dan ia mengetahui apa-apa yang ada dihati-hati.
7. Beriman lah kepada Allah  dan Rasul nya, dan belanjakan lah sebahagian dari apa yang ia telah jadikan kamu pengurus ditentang nya, maka orang-orang yang beriman dari antara kamu dan orang-orang yang membelanjakan nya, bagi mereka adalah ganjaran yang besar.
8. Dan mengapakah kamu tidak mahu percaya kepada Allah, pada hal Rasul itu mengajak kamu supaya kamu beriman kepada Tuhan kamu, sedang sesungguhnya Allah telah  mengambil perjanjian dengan kamu, jika adalah kamu orang-orang yang beriman ?
9. Ialah yang menurunkan atas hambanya perintah-perintah yang nyata-nyata, kerana ia hendak keluarkan kamu dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya dan sesungguhnya Allah itu belas, kasihan kepada kamu.
10.  Dan mengapakah kamu tidak membelanjakan (harta) dijalan Allah, pada hal bagi Allah lah pusaka langit-langit dan bumi, tidak sama orang dari antara kamu yang belanjakan (harta) sebelum penaklukan sesudah itu dan berperang, tetapi tiap-tiap  satu (golongan) dijanjikan (balasan) yang amat baik oleh Allah, dan Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
11. Siapakah yang hendak meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, lalu ia gandakan  (ganjaran) baginya, pada hal (adalah) baginya ganjaran yang mulia ?
12. (Ingatlah) hari yang engkau akan melihat orang-orang mukmin laki-laki dan mukmin perempuan, cahaya mereka berjalan dihadapan mereka dan dikanan-kanan mereka, (dikatakan); “khabar kegembiraan bagi kamu pada hari ini, ialah syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan kamu kekal padanya, yang demikian itu ialah bahagia yang besar”.
13. (Iaitu) pada hari yang munafikin laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman; “tunggulah kami, supaya kami ambil sedikit dari cahaya kamu”. Dikatakan; “kembalilah kebelakang kamu dan carilah cahaya (disana)”, lalu diadakan diantara mereka satu sekatan berpintu yang sebelah dalam nya ada rahmat, dan sebelah luarnya, dari situ (terbit) azab.
14. Mereka akan seru mereka itu; “bukankah kamu bersama kamu ?” mereka itu menjawab; “betul ! tetapi kamu telah binasakan diri-diri kamu, dan kamu menunggu dan ragu-ragu dan kamu ditipu oleh cahaya-cahaya (yang salah), sehingga datang hukuman Allah, dan pintu itu telah menipu kamu terhadap Allah”.
15. “Oleh kerana itu, pada hari ini, tidak diterima tebusan dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir, tempat kamu ialah neraka, ialah penolong kamu, dan jelek sekali tempat perlindungan kamu itu”.
16. Belumkah datang waktu bagi orang-orang yang beriman, buat hati-hati mereka tunduk mengingat Allah dan mengingat apa-apa yang  turun dari kebenaran ? dan janganlah mereka jadi seperti orang-orang yang diberi kitab lebih dahulu, lalu panjang masa mereka, lantas hati-hati mereka jadi keras dan kebanyakan dari mereka orang-orang yang melewati batas.
17. Ketahuilah bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya, sesungguhnya kami telah terangkan kepada kamu ayat-ayat (kami) supaya kamu mengerti.
18. Sesungguhnya laki-laki yang bersedekah dan perempuan-perempuan yang bersedekah dan meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan digandakan balasan untuk mereka, dan adalah bagi mereka ganjaran yang utama. 
19. Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasu nya, merekalah orang-orang yan g benar, dan orang-orang yang (teranggap) sahid disisi Tuhan mereka, mereka akan dapat ganjaran mereka dan cahaya mereka, sedang orang-orang yang tidak mahu percaya dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu ahli neraka.
20. Ketahuilah, bahawa penghidupan yang rendah ini hanya satu permainan dan kesenangan dan perhiasan dan bersambung-sambungan diantara kamu dan berbanyak-bannyak kan tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tumbuh-tumbuhan nya (diperhatikan) menyenangkan kafir-kafir, kemudian ia jadi segar lantas engkau lihat dia jadi layu sangat, kemudian  ia jadi hancur, dan diakhirat ada azab yang sangat dan (juga) keampunan dari Allah dan keredaan, dan penghidupan yang rendah itu tidak lain melainkan benda penipuan belaka.
21. Berlumba-lumba lah kejalan keampunan dari Tuhan kamu  dan ke syurga yang luasnya seperti luas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul nya, yang demikian itu, adalah kurnia Allah yang ia berikan nya kepada siapa-siapa yang ia sukai, kerana Allah itu yang mempunyai kurnia yang besar.
22. Tidak mengenai suatu musibah dibumi dan tidak di diri-diri kamu, melainkan (sudah tertulis) dalam  kitab sebelum kamu jadikan nya, sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.
23. Supaya kamu tidak berduka cita sangat terhadap apa-apa  yang luput dari kamu, dan tidak (pula) kamu gembira sangat dengan apa-apa yang Allah berikan kepada kamu, kerana Allah itu tidak suka tiap-tiap orang yang  angkuh, sombong.
24. (Iaitu) orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia berlaku bakhil, dan barang siapa berpaling, maka sesungguhnya Allah itu ialah yang tidak berkeperluan, yang terpuji.
25. Sesungguhnya kami telah kirim utusan-utusan kami dengan (mambawa)  keterangan-keterangan, dan kami turunkan bersama (mengurus)  mereka, kitab dan timbangan, supaya manusia berlaku adil, dan kami turunkan besi yang  padanya  ada azab yang sangat dan (ada) kebaikan-kebaikan bagi manusia, dan supaya  Allah buktikan siapa yang menolongnya dan  Rasul-Rasul nya yang ghaib (daripadanya), sesungguhnya Allah itu kuat, gagah.
26. Dan sesungguhnya kami telah utus Nuh dan Ibrahim, dan kami adakan antara anak-anak cucu kedua-dua nya kenabian dan kiab (agama), maka diantara mereka ada yang terpimpin, tetapi kebanyakan dari mereka orang-orang yang melewati batas.
27. Kemudian kami iringi sesudah mereka dengan beberapa Rasul kami, dan kami iringi dengan Isa anak Mariam, dan kami beri kepada nya Injil, dan kami adakan dalam hati orang-orang yang mengikuti nya, balas dan kasihan, tetapi jalan pertapaan itu, merekalah yang mengadakan nya, kami tidak wajibkan itu atas mereka, tidak lain melainkan kerana mengharap keredaan Allah, tetapi mereka tidak pelihara nya sebetul-betul pemeliharaan, oleh kerana itu, kami beri kepada orang-orang yang beriman (betul-betul) dari antara mereka, ganjaran mereka, dan kebanyakan dari mereka orang-oraang yang melewati batas.
28. Hai orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah  dan percayalah kepada Rasul nya, nescaya ia beri kepada kamu dua ganda dari rahmat nya, dan ia akan adakan bagi kamu cahaya yang kamu bisa berjalan dengan nya, dan ia akan ampuni kamu, kerana Allah itu pengampun, panyayang.
29. Supaya diketahui oleh ahli kitab bahawa mereka idak berkuasa atas (mendapat) satu pun dari kurnia Allah, dan bahawa kurnia itu ada ditangan Allah, ia berikan nya kepada siapa-siapa yang ia sukai, dan Allah itu ialah yang mempunyai kurnia yang besar.


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].


No comments:

Post a Comment