{57}
Al-Hadid (besi) 1~29.
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Menunduk
kepada (kehendak) Allah, apa-apa yang ada
dilangit-langit dan bumi, kerana ialah yang gagah, yang bijak sana.
2.
Baginya lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia menghidupkan dan ia
mematikan, dan ia berkuasa atas tiap-tiap suatu.
3. Ialah
yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin, dan ia mengetahui
tiap-tiap suatu.
4. Ialah
yang menjadikan langit-langit dan bumi dalam enam masa, dan ia bersemayam atas
aras, ia mengetahui apa yang masuk dalam bumi, dan apa yang keluar daripadanya,
dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya, dan ia berserta
kamu dimana sahaja kamu berada, dan Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
5.
Baginya lah kerajaan dilangit-langit dan bumi, dan kepada Allah lah
dikembalikan perkara-perkara.
6. Ia
masukkan malam pada siang, dan ia masukkan siang pada malam, dan ia mengetahui
apa-apa yang ada dihati-hati.
7.
Beriman lah kepada Allah dan Rasul nya,
dan belanjakan lah sebahagian dari apa yang ia telah jadikan kamu pengurus
ditentang nya, maka orang-orang yang beriman dari antara kamu dan orang-orang
yang membelanjakan nya, bagi mereka adalah ganjaran yang besar.
8. Dan
mengapakah kamu tidak mahu percaya kepada Allah, pada hal Rasul itu mengajak
kamu supaya kamu beriman kepada Tuhan kamu, sedang sesungguhnya Allah
telah mengambil perjanjian dengan kamu,
jika adalah kamu orang-orang yang beriman ?
9. Ialah
yang menurunkan atas hambanya perintah-perintah yang nyata-nyata, kerana ia
hendak keluarkan kamu dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya dan sesungguhnya
Allah itu belas, kasihan kepada kamu.
10. Dan mengapakah kamu tidak membelanjakan
(harta) dijalan Allah, pada hal bagi Allah lah pusaka langit-langit dan bumi,
tidak sama orang dari antara kamu yang belanjakan (harta) sebelum penaklukan
sesudah itu dan berperang, tetapi tiap-tiap
satu (golongan) dijanjikan (balasan) yang amat baik oleh Allah, dan
Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.
11.
Siapakah yang hendak meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, lalu ia
gandakan (ganjaran) baginya, pada hal
(adalah) baginya ganjaran yang mulia ?
12.
(Ingatlah) hari yang engkau akan melihat orang-orang mukmin laki-laki dan
mukmin perempuan, cahaya mereka berjalan dihadapan mereka dan dikanan-kanan
mereka, (dikatakan); “khabar kegembiraan bagi kamu pada hari ini, ialah
syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan kamu kekal
padanya, yang demikian itu ialah bahagia yang besar”.
13. (Iaitu)
pada hari yang munafikin laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang
yang beriman; “tunggulah kami, supaya kami ambil sedikit dari cahaya kamu”.
Dikatakan; “kembalilah kebelakang kamu dan carilah cahaya (disana)”, lalu
diadakan diantara mereka satu sekatan berpintu yang sebelah dalam nya ada
rahmat, dan sebelah luarnya, dari situ (terbit) azab.
14.
Mereka akan seru mereka itu; “bukankah kamu bersama kamu ?” mereka itu
menjawab; “betul ! tetapi kamu telah binasakan diri-diri kamu, dan kamu menunggu
dan ragu-ragu dan kamu ditipu oleh cahaya-cahaya (yang salah), sehingga datang
hukuman Allah, dan pintu itu telah menipu kamu terhadap Allah”.
15. “Oleh
kerana itu, pada hari ini, tidak diterima tebusan dari kamu, dan tidak juga
dari orang-orang kafir, tempat kamu ialah neraka, ialah penolong kamu, dan
jelek sekali tempat perlindungan kamu itu”.
16.
Belumkah datang waktu bagi orang-orang yang beriman, buat hati-hati mereka
tunduk mengingat Allah dan mengingat apa-apa yang turun dari kebenaran ? dan janganlah mereka
jadi seperti orang-orang yang diberi kitab lebih dahulu, lalu panjang masa
mereka, lantas hati-hati mereka jadi keras dan kebanyakan dari mereka
orang-orang yang melewati batas.
17.
Ketahuilah bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya, sesungguhnya kami
telah terangkan kepada kamu ayat-ayat (kami) supaya kamu mengerti.
18.
Sesungguhnya laki-laki yang bersedekah dan perempuan-perempuan yang bersedekah
dan meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan digandakan balasan
untuk mereka, dan adalah bagi mereka ganjaran yang utama.
19. Dan
orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasu nya, merekalah orang-orang
yan g benar, dan orang-orang yang (teranggap) sahid disisi Tuhan mereka, mereka
akan dapat ganjaran mereka dan cahaya mereka, sedang orang-orang yang tidak
mahu percaya dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu ahli neraka.
20.
Ketahuilah, bahawa penghidupan yang rendah ini hanya satu permainan dan
kesenangan dan perhiasan dan bersambung-sambungan diantara kamu dan berbanyak-bannyak
kan tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tumbuh-tumbuhan nya
(diperhatikan) menyenangkan kafir-kafir, kemudian ia jadi segar lantas engkau
lihat dia jadi layu sangat, kemudian ia
jadi hancur, dan diakhirat ada azab yang sangat dan (juga) keampunan dari Allah
dan keredaan, dan penghidupan yang rendah itu tidak lain melainkan benda
penipuan belaka.
21.
Berlumba-lumba lah kejalan keampunan dari Tuhan kamu dan ke syurga yang luasnya seperti luas
langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan
Rasul-Rasul nya, yang demikian itu, adalah kurnia Allah yang ia berikan nya
kepada siapa-siapa yang ia sukai, kerana Allah itu yang mempunyai kurnia yang
besar.
22. Tidak
mengenai suatu musibah dibumi dan tidak di diri-diri kamu, melainkan (sudah
tertulis) dalam kitab sebelum kamu
jadikan nya, sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.
23.
Supaya kamu tidak berduka cita sangat terhadap apa-apa yang luput dari kamu, dan tidak (pula) kamu
gembira sangat dengan apa-apa yang Allah berikan kepada kamu, kerana Allah itu
tidak suka tiap-tiap orang yang angkuh, sombong.
24.
(Iaitu) orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia berlaku bakhil, dan barang
siapa berpaling, maka sesungguhnya Allah itu ialah yang tidak berkeperluan,
yang terpuji.
25.
Sesungguhnya kami telah kirim utusan-utusan kami dengan (mambawa) keterangan-keterangan, dan kami turunkan
bersama (mengurus) mereka, kitab dan
timbangan, supaya manusia berlaku adil, dan kami turunkan besi yang padanya
ada azab yang sangat dan (ada) kebaikan-kebaikan bagi manusia, dan
supaya Allah buktikan siapa yang
menolongnya dan Rasul-Rasul nya yang
ghaib (daripadanya), sesungguhnya Allah itu kuat, gagah.
26. Dan
sesungguhnya kami telah utus Nuh dan Ibrahim, dan kami adakan antara anak-anak
cucu kedua-dua nya kenabian dan kiab (agama), maka diantara mereka ada yang
terpimpin, tetapi kebanyakan dari mereka orang-orang yang melewati batas.
27.
Kemudian kami iringi sesudah mereka dengan beberapa Rasul kami, dan kami iringi
dengan Isa anak Mariam, dan kami beri kepada nya Injil, dan kami adakan dalam
hati orang-orang yang mengikuti nya, balas dan kasihan, tetapi jalan pertapaan
itu, merekalah yang mengadakan nya, kami tidak wajibkan itu atas mereka, tidak
lain melainkan kerana mengharap keredaan Allah, tetapi mereka tidak pelihara nya
sebetul-betul pemeliharaan, oleh kerana itu, kami beri kepada orang-orang yang
beriman (betul-betul) dari antara mereka, ganjaran mereka, dan kebanyakan dari
mereka orang-oraang yang melewati batas.
28. Hai
orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah dan percayalah kepada Rasul nya, nescaya ia
beri kepada kamu dua ganda dari rahmat nya, dan ia akan adakan bagi kamu cahaya
yang kamu bisa berjalan dengan nya, dan ia akan ampuni kamu, kerana Allah itu
pengampun, panyayang.
29.
Supaya diketahui oleh ahli kitab bahawa mereka idak berkuasa atas (mendapat)
satu pun dari kurnia Allah, dan bahawa kurnia itu ada ditangan Allah, ia
berikan nya kepada siapa-siapa yang ia sukai, dan Allah itu ialah yang
mempunyai kurnia yang besar.